CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

me + him

me + him
lovely moment

Followers

Cheritera Chinta Antara Kita Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

saia

saia

Sunday, October 9, 2016

Atok

Well bulan ke 9 without atuk, mcm dh boleh biasa kan diri, tapi bila duk lama2 balik teringat jaa, menyesal sangat, sepatutnya masa cuti sem bulan 1 tu duk ja terus rumah opah, boleh ada dengan atuk lama2. rindu sangat nak lap badan atuk, nak sapukan bedak kt badan atuk, nak suap atuk makan, rindu nak pegang tangan atuk. rindu weh nak sapu minyak kt kulit atuk yg kering. ya allah rindu sangat semua tuu, tapi yelah, atuk terlantar sakit lama dah, lama sangat atuk macam tu sampai adik hakiem takdak pun memori masa atuk tengah sihat. sedangkan aku ni, ingat lagi masa kecik2 tinggal umah opah, ikut atuk hantaq opah pi ngaji, ikut atuk pi kedai, naik basikal atuk. atuk minat bola, minat sangat, bila ada game bola kat rumah mmg takleh tukaq channel. pastu bila team dia sokong gol, pehhh dengaq satu rumah dia jerit. aku paling menyesal aku takdak gambaq dgn atuk masa dah besaq ni. benda yg paling aku menyesal sangat sekarang ni, sebab aku cuma ada gambaq dgn atuk masa aku kecik ja, and almost semua gambaq aku dgn atuk, atuk pandang aku bukan kamera, pandangan penuh kasih sayang, aku rindu atuk, rindu sangat ya allah. yelah masa bulan puasa lah aku teringat, sebab tak buleh terima weh, tahun ni first raya without atuk.

0 comments: