CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

me + him

me + him
lovely moment





Followers

Cheritera Chinta Antara Kita Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 18, 2016

its hurts to the unbearble limit


hanis afifah dah tak sekuat dulu, hanis afifah mudah mengalah, mudah tunduk, mudah kalah, i miss the old me. hanis afifah yang hatinya tak boleh dipijak, hanis afifah yang keras, hanis afifah yang tak peduli hal orang. tapi hanis afifah tu terlalu kejam at some point which aku bersyukur hanis afifah tu dah takdak.

kenapa aku tahan segala perit ni. sebab yang salah tu aku. sebab aku sayang. sayang hubungan ni, sayang segala kenangan, sayang segala pahit yang dah lepas, sayang segala bahagia bersama, sayang perangai dia, sayang diri dia, aku sayang dia. sebab tu dari dulu, sakit macam mana pun, apa punca pun, aku masih bertahan. sebab aku sayang segalanya. aku terima apa ja, asalkan dengan dia.

bila jadi macam ni rasa mcm hilang hrapan on apa yg km plan utk tahun depan. mcm tak nampak pun semua tu. bukan aku give up, cuma aku taknak terlalu berharap. nanti aku yg kecewa. tahun ni banyak aku baca pasal bertunang dengan org lain last2 tunang lari. aku takut aku end up jadi macam tu.

he wont understand any of this, dia lelaki. dia takkan faham. yg pasti semua ni berpunca dari aku. salah aku malam tu. nanti mesti dia kata aku asyik buat salah yang sama. abdul samad bukan jenis yang dengaq explaination, apa dia pegang itu lah. aku salah maka apa jua reasoning pun, aku tetap salah. pastu kalau aku busy nanti dia kata aku takdak effort pulak, pastu nanti dia kata dia dah mula tawaq hati. mcm tahun lepas.

abdul samad, why you do this. kenapaaaaaaaaa. urghhh sakitnya tahan rasa bila kena bluetick. stil bersabaq sebab dia kat kem skrg. kalau dak dah lama lepas dah. tak tahan lah macam ni, dia busy time relay tengah kacau ni. jadi tak tenteram. yelah i admit its my fault. dah mintak maaf dah, tapi taktau dia dah maaf or tak.

sakit siyh rasa bila kena silent treatment ni. dah la takdak sapa nak luah. reaction dia selalu hambar ja, he didnt seem excited about me anymore. its hurt, its hurt so much. i couldnt focus on anything at all. kelas dah berapa dah skip, kalau dia tau ni konfem kena marah pulak. tapi sumpah takleh focus langsung, buat apa pi kelas kan.

dari ahad mcm ni, silent treatment. boleh ws ja, i am not allowed to call him. its hurt, im crying every night. awal2 haritu setakat tengok gambaq sekejap2 ja. ni dah masuk tahap siang malam tengok gambaq pastu peluk pastu riyau. ah sudahh, cemana nii. hujung2 sem ni dah la hard time, tak tahan ahh ceni.

haritu ayah call, cakap dengan ayah, mula2 takmau ngadu, pastu tak tahan, ngadu trus. start ja kata 'ayah, stress la' ayaq mata dah dah turun dah. lama jugak la dok sob sob sob sambil cakap dengan ayah, ayah last2 kata ceni ja 'kak time mcm ni kak fokus study jelah, benda2 yg lain tu takpayah pikiaq pun' ayah mcm tau tau aku stress bukan sebab study pun sebenaqnya

tapi sumpah stress sangat, project kena kejan, esaimen tak jalan takdak idea, business plan techno, final project english tak gerak, tak berapa hari nak start test 2 dah. time ceni aku perlu kan support tapi jadi pulak problem ceni. allah sungguh hati ni tak kuat sangat. lemah sangat.



Tuesday, November 15, 2016

Year End Crisis

12 Nov 2016(9.30p.m)

okey aku dah habaq aku nak keluaq malam tu, nak keluaq makan megi keta dgn sir usop poji haziq. habaq dh kat mad. k takpa la kan, malam tu nk keluaq aku call berkali kali kali kali, sekali pun tak angkat, pastu aku siap msg dia kata aku nak keluaq dah. pastu takpa la, dalam pukul 10.15 bru gerak dari pekan sebab poji pi beli ayaq kopi blended pa benda tuu. pastu masa otw tu depa tak lalu kot tanjung lumpur, pastu masa tu baru la aku tanya kita ni nakpi  mana sebenaqnya nya, baru la usop bagitau yg nakpi ECM sebab sir belanja tgk wayang (Dr. Strange) pastu sampai ECM tgk yaya pun ada. ok takpa la so maknanya km 6 org. yes aku tak bagitau mad, sebab aku tak pegang fon langsung. sembang dgn sir pa semua, tanya sir wyg start pkul berapa, sir kata 11.30, so aku dgn haziq pi toilet dlu sebab bru pkul 11.10, keluaq toilet dlm 11.20, pastu km pun masuk wyg, dok dalam wayang sembang pa semua sementara nak start cerita. aku langsung tak pegang fon.

pastu keluaq ja wyg aku dh pening sebab masuk angin. terus keluaq pi toilet sebab rasa nak muntah. tgk pulak toilet cm harem lagi laaaa tak kebuloq nak muntah. pastu pi kt keta, usop bukak keta and aku dgn haziq masuk dlm keta sebab aku dh pening. pastu sir kata jumpa sana, maknanya jumpa kt kedai megi ketam la. pastu elok ja keta jalan aku kata kt usop satgi cari 7e sebab nak beli soya. pastu singgah 7e n lost track dgn sir, masa tu dlm pkul 2 lebih, bukak ws pastu tgk ada ws mad, dia kata lama makan rancak apa benda tah, kira dia perli laa, aku kenai sgt mad tuu. pastu aku balas la kata baru pas tgk wyg, pastu ttiba dia balas clap hand punya emoji and dia kata sweet la tuu. aku dh blur dh, sweet kebenda deni, keluaq ramai2 kot. so aku rasa salah aku mula kt situ la, so berlarutan la sampai skrg. esoknya call tak agkat, siap reject lagi, pehh nasib pak aku yg bayaq bill, kalau tolak kdt aku mau aku mencarut. satu call pun tak agkat. masa tu aku mcm dh faham dah dia marah teruk, ws mintak maaf tak balas, dpt bluetick ja.

Mad treat aku mcm ni maknanya teruk la condition relation km ni, Tahun lepas benda cm ni lah yg lead kepada benda yg jadi masa bulan 2 tu. YA ALLAH aku harap sgt benda tu tak jadi lagi, aku dh tak kuat nak hadapi semua tu. Aku takut bila jad mcm ni dia jadi sunyi, and dia mula ws pmpuan2 tu balik mcm dulu, dulu benda mcm ni jadi sebab berpunca dr isu yg sama la, and mula hujung tahun jugak, situasi macam ni. Aku harap sgt tak jadi mcm haritu. Aku plan benda besaq dah tahun depan. Kalau tak jadi mana aku nak letak muka aku. Mana aku nak lari, Aku harap dia tak buat keputusan nak tinggal kan aku ja. Takpa aku terima kalini kalau dia ada yg lain, cuma harap dia tak tinggal kan aku. Amek la aku dulu, pastu nak gantung tak bertali ka apapa ka buat lah. Cuma jangan tinggalkan aku.

Wednesday, October 12, 2016

Wow hebat sangat abdul samad, hanis afifah yang terasa, yang menitik air mata, hanis afifah jugak yang mintak maaf. Untung jadi abdul samad, takdak mood tidoq. Sedangkan hanis afifah menangis teresak esak sorang sorang. Dah la rindu tak berbalas, menangis tak dilayan. Mintak maaf pulak atas sebab buat abdul samad marah. Hebat betul abdul samad, superior sangat.

Congratulations abdul samad sebab dah berjaya bodohkan hanis afifah.Hanis afifah ni sapalah kan untuk diberi perhatian, cuma insan picisan yang menagih rindu. Sedangkan rindu tak berbalas, ada hati berangan nak layanan istimewa hanis afifah? Simpan jelah semua tu. Layan jelah perasaan sorang sorang. Dah la kata maaf tak diungkap, boleh pulak anggap macam nothing happen. Habis hati aku yang kecamuk ni apa?

Lagi 3 hari birthday aku, layan aku special tak boleh ka, aku tak mintak hadiah weh, mintak pun tau tak dapat, aku mintak layan aku special sikit ja, aku mintak nyanyi kt aku tu nyanyi jelahh, pastu tak payah la nak sakitkan hati aku soal perempuan lain. Ni tak, mintak nyanyi pun susah.

Dah lama kita tak borak cakap lama2, imbau kenangan, semua lahh. Aku nak tu ja, ni tak. Aku tau la aku sorang ja ada perasaan rindu ni. Cuma simpati la sikit kt aku ni, aku nak hadapi test masa birthday aku, pastu celebrate sorang sorang kat sini, without hang without family.

Lol menjelang 21 ni semua kena berdikari rupanya, no wonder hati pun kena pujuk seniri

Sunday, October 9, 2016

Atok

Well bulan ke 9 without atuk, mcm dh boleh biasa kan diri, tapi bila duk lama2 balik teringat jaa, menyesal sangat, sepatutnya masa cuti sem bulan 1 tu duk ja terus rumah opah, boleh ada dengan atuk lama2. rindu sangat nak lap badan atuk, nak sapukan bedak kt badan atuk, nak suap atuk makan, rindu nak pegang tangan atuk. rindu weh nak sapu minyak kt kulit atuk yg kering. ya allah rindu sangat semua tuu, tapi yelah, atuk terlantar sakit lama dah, lama sangat atuk macam tu sampai adik hakiem takdak pun memori masa atuk tengah sihat. sedangkan aku ni, ingat lagi masa kecik2 tinggal umah opah, ikut atuk hantaq opah pi ngaji, ikut atuk pi kedai, naik basikal atuk. atuk minat bola, minat sangat, bila ada game bola kat rumah mmg takleh tukaq channel. pastu bila team dia sokong gol, pehhh dengaq satu rumah dia jerit. aku paling menyesal aku takdak gambaq dgn atuk masa dah besaq ni. benda yg paling aku menyesal sangat sekarang ni, sebab aku cuma ada gambaq dgn atuk masa aku kecik ja, and almost semua gambaq aku dgn atuk, atuk pandang aku bukan kamera, pandangan penuh kasih sayang, aku rindu atuk, rindu sangat ya allah. yelah masa bulan puasa lah aku teringat, sebab tak buleh terima weh, tahun ni first raya without atuk.

okey sambung...

Julai

Err apa ek julai, ohhh raya, emm tahun ni raya pahangggggg, dakcik keisha tu adaaa. baju rasa sama tema dgn keisha soooo kami amek gambaq dgn keisha



emm hala balik tuu lalu kot fraser hill, ya tohan masa turun tu mabuk nak mampuih baq hg, seyes tak tipu. 






bulan 7 ni mcm banyak crita jaaa, keluaq tiap2 minggu pi open house, km pun buat open house, tapi yg mai ciput ja, sedih aku, aku pi raya rumah org org takmai rumah aku, pasni takmau buat dah. emm pastu pastu apa lagi ekkk. haaaaaaaaaa, abdul samad bagi hadiahhhhh :D singgah sunway pastu lalu kedai bear, dia tanya nak bear tak ganti bantal tu, pastu kata kt dia seyes ka, dia tanya nak tak, aku jawab la awat nak beli ka, pastu trus dia masuk kedai tuu, dia kata nak yg jenih macam mana, ahahahah aku seyes dok blur, pastu dia kata nk jenih sma mcm bantal tu ka, aku kata takmau nanti dia lembik lgi, so dia belikan aku benda lain, mula2 dia pilih hat kecik, pastu dia kata nk kecik ka besaq aku kata la nak hat besaqq, pastu aku tgk harga 80 hengget teroih aku kata eh takyah laa, mahai, dia tanya lagi nak tak, aku kata laa mesti la nak, dia kata ha amek, nak kaler apa, luls ku pilih kaler aku nakk, hihihihi, pastuuu dia pun bayaq. jalan keluaq dr kedai plak lalu kedai aksesori, pastu dia tanya nak cincin tak, aku kt belakang ni dah terharu terkesima dah, aku kata laa "ish biaq betoi kenapa, takyah laa" pastu dia dok pilih2 design suh aku pilih gak, pastu aku pilih la design aku nak, dia teroih bayaq, wehh masa tuu ya allah aku taktau nak kata terharu mcm mana, yelah tau la abdul samad kann. bukan jenih dok bagi bagi hadiah semua ni kan. aku ni terharu tahap nak bergenang ayaq mata laa. pastu sampai kt keta aku punya seronok, tak habih habih dok kelebek cincin kt tangan, rasa mcm dok kt kayangan oooo.pastu masa otw nak hantaq aku balik tu aku beria tanya kenapa beli bear cincin semua, kenapa membazir mcm ni, kalau ada duit tu baik simpan utk masa depan, aku kata cmtu. pastu dia kata biaq la bukan selalu, bukan banyak pun, tak sampai seratus pun dia perabih kt aku, pastu aku kata laa, mmg la tapi dekat seratus, banyak dh tuuu. pastu dia kata takpa, dia mmg nk ganti cincin pun sebab aku dok bising dia pakai cincin tengkorak tuu. pasal bear pulak dia nak ganti bantal merah tuu sebab dh lama sangat, aku asyik dok ngadu lembik la koyak la lubang laa. so dia belikan ganti baruu

 konon jela ganti, sudah nya aku bwk mai dua dua kt ump, bantal merah tu kira anak first aku laa, ada anak hat number dua pun aku tetap sayang number satu. peluk dua dua oii tiap malam. punya aku hargai lah setiap benda dia bagi. tapi masa nak bawak balik tu sumbat dalam luggage penuh dia jaa --' beg jadi banyak sebab dia penuh satu luggage --' takpa anak, demi anak anak mak rela ja asalkan kita sentiasa bersama


last post was on Feb --' so many things to update. i'll remember the sequences

March

well the highlight for sure his birthday and our anniversary. well its our 4th anniversary. alhamdulillah after everything happen we still manage to stay calm (ya clam lah sangat kan --')
emm as for his birthday and our anniversary are just a day apart so tahun ni i send him my handmade present. kalau sebelum sebelum ni selalu order pastu letak alamat dia. tahun ni i've decide to made it myself. aaaa nampak ikhlas and effort sikit. untuk tahun ni aku bagi dia gambaq kami yg aku cuci on instax polaroid dgn chocolate favourite dia. aku letak dalam box kt belah bwh skali letak polaroid in between bubble wrap as first layer, pastu second layer aku susun 8 bijik ferrero rocher, and pastu utk penuh kan ruang and tutup ferrero tuu aku taboq mini white toblerone banyak2 sampai tak nampak fererro dah, pastu atas tuu letak bubble wrap lagi and tabur sampah kertas aku koyak2 nak bagi kotak tu penuh and susunan coklat tak gerak hihihhi. pastu pos senyap senyap, sampai masa hari dia nak balik, pastu masa tu dia takdak kt umah plak, maka dia kena tggu ptg baru buleh amek, tergendala lah dia nak balik haritu, dia balik esok pagi tuuu. well coklat tuu as hadiah birthday dia, polaroid pulak as memory sebagai hadiah anniversary.


April

err nothing happen rasanya. sebab serious tak ingt apa. gaduh tu rasanya tiap2 bulan ada gaduh kot. plan diet mcm biasa kelaut ja sebab asyik keluaq makan :)


May

emm bulan 6 dah nak puasa kan, dan sebagai manusia yg pemalas, bulan 5 lah masanya nak berlumba2 puasa ganti ahahahaha. mcm apa weh kira sempat ganti tak sebelum next period bagai. tapi ok selamat laa sempat :D


Jun

puasa emmm, tahun ni berjaya bukak puasa dgn donut gebus tapi syarlyn takdak. km bukak posa kt de'pauh garden rasanya, pastu pi solat kt masjid kt pmtg pauh, pastuuuu pi sunway, pi setarbak uolss ahahahhaa. lol gambaq pi mana habih taktau laa.



Monday, February 22, 2016

4 years

wow, its been 4 years. well almost.
makin lama makin masalah timbul
betul ayah kata
dugaan bila bertunang ni pelik2
masing2 jadi cepat nak naik angin
aku pun makin tak sabar

ya allah, jenuh nak sedarkan balik diri ni
dulu masa bercinta kemain indah saja
lately ni masing2 cepat nak marah
especially lepas kes haritu


ayahh, cemna nak kuat ni ayah
kenapa la kak tak dengaq cakap mak ayah
jangan bercinta time belajaq
ni lah jadinya

ayah, kak kuat sebab kak anak ayah :')

selalu aku tahan, jarang lah aku luah cemburu ni

14feb2016
bila aku dah tak mampu tahan, aku luah. bukan cuma luahan dimulut, dimata pun terluah.
dah macam drama melayu aku rasa bila ingt balik. hahaha. bukan apa, cuma nak mempertahankan hak aku. then masa tu jugak dia sedarkan aku, yg dia bukan hak aku lagi. terdiam seketika, yelah, benda tu betul. selama hampir 4 tahun ni, aku yg anggap lebih. ya mmg betul belum official selagi belum sah. tapi biasa lah, aku perempuan. bila dah bagitau ayah pasal bertunang semua, mestilah harapan tinggi.

hanis, kemonn, sedaq diri hanis. hang tu cuma cebisan kecik ja. kalau dia standard fererro rocher, hg cuma standard roka ja, jangan nak perasan sangat. takpa, sayang berhabisan takpa, hg buktikan yg terbaik, selebihnya terpulang kat dia. hati org bukan boleh dipaksa. tambah lagi hati org tu. org tu mmg jenis tak suka dipaksa nis. sedaq sikit semua tu. nis jangan terlalu berharap nis, takut hg yg terluka. yg penting hg jaga diri sudah lah.

curang
lain org lain definisi curang
aku pegang definisi curang is bila hg flirt dgn org lain belakang partner hg
tak kesah la kapel dak dgn org tu, once hg dh flirt tu bagi aku curang

kalau ya pun nak flirt, flirt la dgn org yg tak kenai aku weyy. jgn la dok flirt dgn org yg kenai aku, malu aku wey. nanti org kata aku tak pandai jaga hg. padahal  aku ni beria jaga hati aku wehh. tipu la kalau aku kata takdak org nak flirt dgn aku, ada ja, aku tolak wey. sebab apa, sebab aku nak jaga hati hg. setiap kali aku ws abg agkt aku aku habaq, aku ws ex aku aku habaq. kira baguih aku tak buat benda belakang hg wey. pastu hg ingt habih isu tu aku tak nangis? wey dari form5 dh berkali kali hg buat aku riyau wey. aku ni tiap kali lepas solat doa urusan jodoh kita dipermudahkan. hg sedap2 buat aku mcm ni. sakit wey sakit. hg marah aku berminggu2 ungkit pasai poji tu. padahal benda tu aku tk buat pun, aku tak keluaq pun dgn dia. dan km tak ws private pun, benda tu terang2 kt fb. benda yg semua org nampak, aku tak sorok apa pun. kemain hg marah aku pasai tu, ungkit mcm apa lg haritu. ni bila pasai hg, aku ungkit sikit terus moody. sumpah aku nak sangat mengadu kat ayah aku apa hg buat kt aku weh. ayah aku bela aku dari kecik elok2 bukan nak bagi aku riyau sebab hg. penat weh penat. seminggu riyau. sepbek aku tak kurus ja, kalau aku kurus mesti org ingt aku sakit.