hanis afifah dah tak sekuat dulu, hanis afifah mudah mengalah, mudah tunduk, mudah kalah, i miss the old me. hanis afifah yang hatinya tak boleh dipijak, hanis afifah yang keras, hanis afifah yang tak peduli hal orang. tapi hanis afifah tu terlalu kejam at some point which aku bersyukur hanis afifah tu dah takdak.
kenapa aku tahan segala perit ni. sebab yang salah tu aku. sebab aku sayang. sayang hubungan ni, sayang segala kenangan, sayang segala pahit yang dah lepas, sayang segala bahagia bersama, sayang perangai dia, sayang diri dia, aku sayang dia. sebab tu dari dulu, sakit macam mana pun, apa punca pun, aku masih bertahan. sebab aku sayang segalanya. aku terima apa ja, asalkan dengan dia.
bila jadi macam ni rasa mcm hilang hrapan on apa yg km plan utk tahun depan. mcm tak nampak pun semua tu. bukan aku give up, cuma aku taknak terlalu berharap. nanti aku yg kecewa. tahun ni banyak aku baca pasal bertunang dengan org lain last2 tunang lari. aku takut aku end up jadi macam tu.
he wont understand any of this, dia lelaki. dia takkan faham. yg pasti semua ni berpunca dari aku. salah aku malam tu. nanti mesti dia kata aku asyik buat salah yang sama. abdul samad bukan jenis yang dengaq explaination, apa dia pegang itu lah. aku salah maka apa jua reasoning pun, aku tetap salah. pastu kalau aku busy nanti dia kata aku takdak effort pulak, pastu nanti dia kata dia dah mula tawaq hati. mcm tahun lepas.
Friday, November 18, 2016
its hurts to the unbearble limit
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
abdul samad, why you do this. kenapaaaaaaaaa. urghhh sakitnya tahan rasa bila kena bluetick. stil bersabaq sebab dia kat kem skrg. kalau dak dah lama lepas dah. tak tahan lah macam ni, dia busy time relay tengah kacau ni. jadi tak tenteram. yelah i admit its my fault. dah mintak maaf dah, tapi taktau dia dah maaf or tak.
sakit siyh rasa bila kena silent treatment ni. dah la takdak sapa nak luah. reaction dia selalu hambar ja, he didnt seem excited about me anymore. its hurt, its hurt so much. i couldnt focus on anything at all. kelas dah berapa dah skip, kalau dia tau ni konfem kena marah pulak. tapi sumpah takleh focus langsung, buat apa pi kelas kan.
dari ahad mcm ni, silent treatment. boleh ws ja, i am not allowed to call him. its hurt, im crying every night. awal2 haritu setakat tengok gambaq sekejap2 ja. ni dah masuk tahap siang malam tengok gambaq pastu peluk pastu riyau. ah sudahh, cemana nii. hujung2 sem ni dah la hard time, tak tahan ahh ceni.
haritu ayah call, cakap dengan ayah, mula2 takmau ngadu, pastu tak tahan, ngadu trus. start ja kata 'ayah, stress la' ayaq mata dah dah turun dah. lama jugak la dok sob sob sob sambil cakap dengan ayah, ayah last2 kata ceni ja 'kak time mcm ni kak fokus study jelah, benda2 yg lain tu takpayah pikiaq pun' ayah mcm tau tau aku stress bukan sebab study pun sebenaqnya
tapi sumpah stress sangat, project kena kejan, esaimen tak jalan takdak idea, business plan techno, final project english tak gerak, tak berapa hari nak start test 2 dah. time ceni aku perlu kan support tapi jadi pulak problem ceni. allah sungguh hati ni tak kuat sangat. lemah sangat.
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
Tuesday, November 15, 2016
Year End Crisis
12 Nov 2016(9.30p.m)
okey aku dah habaq aku nak keluaq malam tu, nak keluaq makan megi keta dgn sir usop poji haziq. habaq dh kat mad. k takpa la kan, malam tu nk keluaq aku call berkali kali kali kali, sekali pun tak angkat, pastu aku siap msg dia kata aku nak keluaq dah. pastu takpa la, dalam pukul 10.15 bru gerak dari pekan sebab poji pi beli ayaq kopi blended pa benda tuu. pastu masa otw tu depa tak lalu kot tanjung lumpur, pastu masa tu baru la aku tanya kita ni nakpi mana sebenaqnya nya, baru la usop bagitau yg nakpi ECM sebab sir belanja tgk wayang (Dr. Strange) pastu sampai ECM tgk yaya pun ada. ok takpa la so maknanya km 6 org. yes aku tak bagitau mad, sebab aku tak pegang fon langsung. sembang dgn sir pa semua, tanya sir wyg start pkul berapa, sir kata 11.30, so aku dgn haziq pi toilet dlu sebab bru pkul 11.10, keluaq toilet dlm 11.20, pastu km pun masuk wyg, dok dalam wayang sembang pa semua sementara nak start cerita. aku langsung tak pegang fon.
pastu keluaq ja wyg aku dh pening sebab masuk angin. terus keluaq pi toilet sebab rasa nak muntah. tgk pulak toilet cm harem lagi laaaa tak kebuloq nak muntah. pastu pi kt keta, usop bukak keta and aku dgn haziq masuk dlm keta sebab aku dh pening. pastu sir kata jumpa sana, maknanya jumpa kt kedai megi ketam la. pastu elok ja keta jalan aku kata kt usop satgi cari 7e sebab nak beli soya. pastu singgah 7e n lost track dgn sir, masa tu dlm pkul 2 lebih, bukak ws pastu tgk ada ws mad, dia kata lama makan rancak apa benda tah, kira dia perli laa, aku kenai sgt mad tuu. pastu aku balas la kata baru pas tgk wyg, pastu ttiba dia balas clap hand punya emoji and dia kata sweet la tuu. aku dh blur dh, sweet kebenda deni, keluaq ramai2 kot. so aku rasa salah aku mula kt situ la, so berlarutan la sampai skrg. esoknya call tak agkat, siap reject lagi, pehh nasib pak aku yg bayaq bill, kalau tolak kdt aku mau aku mencarut. satu call pun tak agkat. masa tu aku mcm dh faham dah dia marah teruk, ws mintak maaf tak balas, dpt bluetick ja.
Mad treat aku mcm ni maknanya teruk la condition relation km ni, Tahun lepas benda cm ni lah yg lead kepada benda yg jadi masa bulan 2 tu. YA ALLAH aku harap sgt benda tu tak jadi lagi, aku dh tak kuat nak hadapi semua tu. Aku takut bila jad mcm ni dia jadi sunyi, and dia mula ws pmpuan2 tu balik mcm dulu, dulu benda mcm ni jadi sebab berpunca dr isu yg sama la, and mula hujung tahun jugak, situasi macam ni. Aku harap sgt tak jadi mcm haritu. Aku plan benda besaq dah tahun depan. Kalau tak jadi mana aku nak letak muka aku. Mana aku nak lari, Aku harap dia tak buat keputusan nak tinggal kan aku ja. Takpa aku terima kalini kalau dia ada yg lain, cuma harap dia tak tinggal kan aku. Amek la aku dulu, pastu nak gantung tak bertali ka apapa ka buat lah. Cuma jangan tinggalkan aku.
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
Wednesday, October 12, 2016
Wow hebat sangat abdul samad, hanis afifah yang terasa, yang menitik air mata, hanis afifah jugak yang mintak maaf. Untung jadi abdul samad, takdak mood tidoq. Sedangkan hanis afifah menangis teresak esak sorang sorang. Dah la rindu tak berbalas, menangis tak dilayan. Mintak maaf pulak atas sebab buat abdul samad marah. Hebat betul abdul samad, superior sangat.
Congratulations abdul samad sebab dah berjaya bodohkan hanis afifah.Hanis afifah ni sapalah kan untuk diberi perhatian, cuma insan picisan yang menagih rindu. Sedangkan rindu tak berbalas, ada hati berangan nak layanan istimewa hanis afifah? Simpan jelah semua tu. Layan jelah perasaan sorang sorang. Dah la kata maaf tak diungkap, boleh pulak anggap macam nothing happen. Habis hati aku yang kecamuk ni apa?
Lagi 3 hari birthday aku, layan aku special tak boleh ka, aku tak mintak hadiah weh, mintak pun tau tak dapat, aku mintak layan aku special sikit ja, aku mintak nyanyi kt aku tu nyanyi jelahh, pastu tak payah la nak sakitkan hati aku soal perempuan lain. Ni tak, mintak nyanyi pun susah.
Dah lama kita tak borak cakap lama2, imbau kenangan, semua lahh. Aku nak tu ja, ni tak. Aku tau la aku sorang ja ada perasaan rindu ni. Cuma simpati la sikit kt aku ni, aku nak hadapi test masa birthday aku, pastu celebrate sorang sorang kat sini, without hang without family.
Lol menjelang 21 ni semua kena berdikari rupanya, no wonder hati pun kena pujuk seniri
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
Sunday, October 9, 2016
Atok
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
last post was on Feb --' so many things to update. i'll remember the sequences
March
well the highlight for sure his birthday and our anniversary. well its our 4th anniversary. alhamdulillah after everything happen we still manage to stay calm (ya clam lah sangat kan --')
emm as for his birthday and our anniversary are just a day apart so tahun ni i send him my handmade present. kalau sebelum sebelum ni selalu order pastu letak alamat dia. tahun ni i've decide to made it myself. aaaa nampak ikhlas and effort sikit. untuk tahun ni aku bagi dia gambaq kami yg aku cuci on instax polaroid dgn chocolate favourite dia. aku letak dalam box kt belah bwh skali letak polaroid in between bubble wrap as first layer, pastu second layer aku susun 8 bijik ferrero rocher, and pastu utk penuh kan ruang and tutup ferrero tuu aku taboq mini white toblerone banyak2 sampai tak nampak fererro dah, pastu atas tuu letak bubble wrap lagi and tabur sampah kertas aku koyak2 nak bagi kotak tu penuh and susunan coklat tak gerak hihihhi. pastu pos senyap senyap, sampai masa hari dia nak balik, pastu masa tu dia takdak kt umah plak, maka dia kena tggu ptg baru buleh amek, tergendala lah dia nak balik haritu, dia balik esok pagi tuuu. well coklat tuu as hadiah birthday dia, polaroid pulak as memory sebagai hadiah anniversary.
April
err nothing happen rasanya. sebab serious tak ingt apa. gaduh tu rasanya tiap2 bulan ada gaduh kot. plan diet mcm biasa kelaut ja sebab asyik keluaq makan :)
May
emm bulan 6 dah nak puasa kan, dan sebagai manusia yg pemalas, bulan 5 lah masanya nak berlumba2 puasa ganti ahahahaha. mcm apa weh kira sempat ganti tak sebelum next period bagai. tapi ok selamat laa sempat :D
Jun
puasa emmm, tahun ni berjaya bukak puasa dgn donut gebus tapi syarlyn takdak. km bukak posa kt de'pauh garden rasanya, pastu pi solat kt masjid kt pmtg pauh, pastuuuu pi sunway, pi setarbak uolss ahahahhaa. lol gambaq pi mana habih taktau laa.
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments
Monday, February 22, 2016
4 years
ayahh, cemna nak kuat ni ayah
kenapa la kak tak dengaq cakap mak ayah
jangan bercinta time belajaq
ni lah jadinya
ayah, kak kuat sebab kak anak ayah :')
Jari yang menaip >> nispipah 0 comments